Online Diary #..grab my heart..#

Wednesday, 1 July 2015

Hati Perempuan

Perempuan
ye memang dia tidak suka di kongkong,
tapi dia suka seseorang ambil berat tentang dia,
nak kongkong itu boleh, tapi jangan terlampau sampai menyakitkan.

Perempuan,
memang keras kepala, ikut kepala sendiri,
tapi dia boleh berubah untuk orang yang dia sayang,
sememangnya perangai akan berubah walaupun perlahan kerana dia masih belajar erti kehidupan.

Perempuan,
hati bila dah sayang dia akan setia,
walau ada yang lebih baik di hadapan dia, dia tetap mahu setia,
dia akan berusaha menundukan pandangan menjaga mata, hati dan juga iman.

Perempuan,
walaupun dia pernah terluka beribu kali,
dia cuma pendam dan sering memaafkan dan membiarkan seolah-olah tiada apa yang berlaku,
kerana dia tidak mahu menumbulkan keraguan dalam perhubungan..



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

cinta

cinta..
apa itu cinta?? 
cinta itu kadang menyakitkan kadang membahagiakan,
cinta itu kadang bisa membuat seseorang itu berubah 360 darjah,
cinta itu kadang melemahkan kadang menguatkan,
cinta yang sementara itu cuma sementara.
cinta sesama manusia.
cinta yang kekal itu selamanya
cinta bersama yang maha esa.

ada masa aku kuat mengharungi segala dugaan di dunia ini,
ada masa aku lemah dan hanya berpura-pura kuat di hadapan mereka,
ada masa aku bersemangat menerusakan hidup ini,
ada masa aku terasa ingin putus asa tapi sedaya upaya mencegahnya.



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen